Majlis makan malam yang diadakan di rumah pada hujung minggu itu berjalan lancar.Hampir satu jam menghadap hidangan di meja makan ,para tetamu kemudian dijemput bersantai-santai di ruang tamu menghadap ke arah kolam renang.
Aku pula yang ringkas mengenakan blaus berwarna putih serta skirt panjang yang sarat dengan hiasan manik kilauan Rambutku sekadar disanggul ringkas dan suamiku fadzullah(fadz) seperti biasa mengenakan pakai baju melayu manakala ain yang mengenakan baju kebaya nyonya ditemani suaminya megat serta anak kecilnya(farabella) berumur dua tahun,atiqah mengenakan baju kurung warna kelabu yang ditemani oleh tunangnya aziamy dan aqila yang ditemani oleh fared serta anak kecilnya sebaya farabella iaitu safrila. Steven yang tiba sedikit lewat duduk bersendirian melihat fared,nubhan,ismail dan didi berlumba berenang di saksikan oleh aziamy menjadi pengadil.
Panorama dirumah banglo itu gamat dengan perbualan fadz,megat,syed,steven,dollah dan narveen.Wani yang rancak berbual sama teman-temannya ain,aqila dan atiqah yang ditemani dengan suara tangisan anak ain (farabella) dan anak aqila (safrila) berebut mainan patung barney doll yang di beli sewaktu pergi ke USA.dia suka melayan kerenah anak-anak ain dan aqila yang memang rapat dengannya.Apa saja diminta pasti dibelikannnya sehingga mereka memanggil wani gelaran MUMMY.
Jue,fikah,syikin,yana,mida dan brenda pula entah ke mana barangkali masuk ke bilik,satu hari penat melayan tetamu yang hadir.khaleeda,sue,azizah dan hani pula kembali menyibukkan diri di dapur.
"erk, korang biarkan saja benda-benda itu semua nanti mak timah bereskan.. basuhkan"tanyaku yang melihat mereka leka membasuh dan mengemas dapur.
"takpe dah siap dah wani lagipun sikit je"jawab khaleeda
"besarnye rumah wani pasti sunyi kalau mak timah dengan suaminya tiada kan.."soal hani tangannya yang pantas mengelap meja makan
"sunyi jugak hani,yelah rumah besar tapi penghuninya sedikit .wani dah ajak mak tinggal kat sini tapi dia taknak "jawab wani. teringat kembali sewaktu dia beria-ria mengajak mak nya tinggal bersama-sama nya kerana dia duduk di sana seorang saja sebab hafiz sekolah manakala syukur study di KOLEJ POLITECH MARA,CHERAS dua minggu sekali baru pulang ke rumah.
"sudah la tuh wani orang tua memang tak mahu duduk dengan anaknya kerana mereka akan ingat yang mereka ini menyusahkan kita sedangkan mereka nie memeriahkan lagi keadaan di rumah,kita balik kerja ada jugak teman untuk berbual.macam mak mentua hani la. nak duduk rumahnya jugak .puas nubhan pujuk tapi jawapan nye tetap tak mahu"terang hani memujuk ku..
"tapi tak salah kalau mereka tinggal dengan kita,sekurang-kurangnya kita dapat juga menjaga makan minum,sakit pening dorang"celah aku "niat kita tu memang baik wani,hani tapi mereka lebih selesa duduk rumah sendiri tanpa menyusahkan anak-anak"aku dan hani beralih pandang pada khaleeda
"betul tuh khaleeda..wani,hani...mereka tak mahu menyusahkan mereka tapi kita kena ingat hati mereka sensitif" celah kak azizah..
"mummy...jom kita main masak-masak nak" suara fara nyaring mengajak.
safrila yang berada berhampiran sekadar merenung aku(mummy) dan fara silih berganti.aku memandang dua anak kecil ain dan aqila di hadapan mencuit perasaan dengan keletah nakal mereka lalu aku dukung si kecil hani dari pangkuan suamiku .
"sayang..sayang,nak ape? dah makan ke belum"soal ku pada irwan anak hani dan nubhan yang meronta-ronta dirinya di lepaskan
"wani tak ape la aku nak undur diri dulu apa-apa hal pun aku nak ucap thanks jemput aku dengan megat datang kerumah"pinta ain sebelum pulang.
"la awal lagi ain rilex ar dulu"pujuk ku fara di belakangku memaut pehaku tidak mahu pulang mengikut ibunya. "aku memang nak tidur sini tapi megat ade hal ni..jom fara ayah dah tunggu dalam kereta"terang ain kepadaku,aku pantas memaut lengan suamiku suruh memujuk megat.
"megat fara tinggalkan sini la lagipun si mummy dia nie taknak fara balik pulak"pujuk fadz akhirnya megat termakan jugak pujukan fadz.
Ain tinggalkan barang peribadi milik fara kepadaku seperti botol air,susu,kain baju semua dan sebelum mereka pergi ain sempat mencium anaknya di pangkuanku dan fadz.
"pandai ye anak ibu pujuk mummy dan walif kau erk."cakap ain sambil mencubit pipi anak nye itu fara pantas menjuih lidah kepada ibunya lalu memeluk badan suamiku langsung tidak berpaling muka kepada ibu dan papanya.
bab dua..........
Dato hamid dan datin aminah tiba di rumah banglo milik puan sri rafidah lewat jam 6 pagi .dato hamid terus ke situ selepas menerima berita yang mengejutkan daripada aina ,adik fadzullah ke-2 berkenaan keadaan kesihatan umminya puan sri rafidah sekejap tadi .datin aminah turut serta.dato hamid adik bongsu kepada ummi nya.
apabila mereka menapak masuk ke rumah ,dato hamid terlihat fadzullah yang sedang duduk lesu di ruang tamu bersendirian.
"fadz"sapa dato hamid
"ayah su"sambut fadz lalu bangun menghampiri dato hamid .dia menghulurkan tangan dan bersalaman dengan lelaki itu.
"macam mana ummi kau boleh jatuh pengsan fadz"dato hamid bertanya dengan kerisauan terhadap kakaknya yang terpancar di wajahnya.ruang tamu rumah kelihatan sunyi .datin aminah sudah menuju ke tingkat atas rumah .pasti menuju ke kamar puan sri rafidah .
"macam mana boleh pengsan " soal ayah su nya lagi yang mahukan kepastian kenapa kakaknya jatuh pengsan kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. fadzullah hanya menggeleng.
"ni semua along punye pasal"secara tiba-tiba aina menjerit dari tingkat atas rumah.
fadzullah dan dato hamid mendongak ke arah aina yang sedang menuruni anak tangga .di belakangnya fadzullah yassin adik bongsunya membuntuti. lelaki itu baru pulang setelah di hubungi oleh fadzullah yang sebelum itu telah menghubungi doktor keluarga.
"kalau tak kerana abang fadz buat hal penyakit lama ummi pun takkan datang kalau tak kerana perangai tak senonoh abang fadz tu!!!" jerit aina melempiaskan geramnya .
"aina !!!"tegur fadzullah yassin
"ini semua abang fadz punya pasal!! abang fadz kejam!!! abang fadz jaaa!!!" belom di habiskan kata-kata
panggggggggggg tangan fadzullah yassin hinggap di pipi nurul aina najwa,berbirat kesan lempang dari yassin .
"yassin kata sudah kan,kenapa angah nak tambahkan masalah yang dah ada hah!!!" tengking yassin pada aina yang tersedu-sedu menahan kesakitan akibat lempangan nya itu..
"angah ni tak habis-habis salahkan along kenapa hah!! tell me??why??" tergamam aina mendengar apabila adiknya yassin seorang yang manja berubah sekelip mata apatahlagi menamparnya itu
"sebab angah nampak apa yang along buat kat tepi pantai alih-alih tertangkap jugak dengan JAIS!!! puas hati ..along di depan je baik entah-entah di belakang lebih teruk dari tu kot yang angah nampak"bidas si aina
"along tak macam tuh,yassin tau..pasti ada orang dengki dengan along sebab tu mereka mengenakan along.angah tolong jangan libatkan masalah peribadi dengan masalah ini.yassin tau angah tak puas hati sebab ayah tak bagi angah kawin dulu dari along kan.??"jelas si yassin membetulkan keadaan
"mana ada ini takde kena mengena dengan masalah kawin angah" jawab aina
'tak apa kalau angah tak mahu mengaku tapi tuhan nampak hambanya buat apa.!!along sabarlah yassin percaya along tak macam itu" celah si yassin kerana tidak percaya abangnya buat sebegitu
"kau tipu angah!! entah-entah ini semua rancangan engkau kot.kau nak suruh aku kawin dalam keadaan memalukan dan engkau kawin dalam keadaan mewah kan!!kau ingat aku tak tahu muslihat kau"fadz mencelah kerana tahap kesabaran dia makin menipis
"betul tuh!!! lebih baik angah jujur sebelum yassin siasat kes ini."sokong yassin matanya sempat melirik ke arah abang nya
"sudah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah su kata sudah!!!! sampai bila korang nak bergaduh sesama adik beradik cukup!!! cukup la tuh!!! ummi korang sakit korang boleh bertekak di sini" pujuk ayah su yang ingin menyelamatkan hubungan antara adik beradik fadzullah iman..
yassin sukar percaya yang abangnya membuat perbuatan terkutuk itu bersama-sama wani seperti mana dituduh oleh kakaknya aina najwa??kakak nya sememangnya iri hati terhadap abangnya kerana ayah menjanjikan perkahwinan mewah untuk abangnya sedangkan aina terpaksa tunggu abangnya kahwin dulu baru di boleh kahwin kerana ayahnya tak mahu anaknya LANGKAH BENDUL.
"aina ayah su takkan faham kalau korang bising-bising begini.kenapa fadz?aina?yassin?kenapa marah-marah tak tentu pasal ni ? yassin ? what is going on here?"dato hamid menyoal bertalu-talu.
fadzullah iman menelan air liurnya sebelum duduk di kerusi.fikirannya kembali teringat peristiwa bila dia ditangkap berdua-duaan bersama wani oleh JAIS di apartment tempat mereka duduki .sememangnya wani tidak bersalah pun ketika ini. ini semua salahnya.salahnya !!!!.fadzullah iman menyalahkan diri sendiri.kalau tidak kerananya perkara ini semua takkan berlaku..
bab tiga......
Wani bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka hampir 2 tahun jugak sehingga naik pangkat sebagai PENGURUS AKAUNTAN sebelum ini wani bekerja sebagai juru audit kewangan. Semakin naik pangkat semakin banyak kerja perlu di bereskan terutama sekali hal duit masuk dan duit keluar.. Wani seorang cekap membuat kerja dalam bab-bab kewangan..
"cik nursyazwani ,Encik dollah panggil masuk ke office nye sekarang ada hal mustahak " kata lina setiausaha
En.dollah yang mengantikan tempat En.narveen bersara..En.dollah bos besar di salah sebuah anak syarikat ini di sri lanka malah ketiadaan En.narveen membuatkan En.dollah terpaksa pulang ke malaysia mengantikan tempat si En.narveen yang telah lama berkhidmat lebih kurang 10tahun dan dia jugak memajukan lagi industri tempatan semasa dunia mengalami krisis kewangan. Sungguh besar pengorbanan En.narveen.
Tok..tok..tok...bunyi ketukkan pintu dan aku pantas membuka tombol pintu apabila mendengar suara orang panggil masuk..
"assalamualaikum,"sapaku
"waalaikumsalam,duduk"jawabnya
"sebenarnya saya tahu awak sibuk dan saya disini tak ambil masa yang lama pun untuk memberitahu awak bahawa nama awak terpilih untuk mengikuti kursus kenaikkan pangkat lagi ini mungkin rezeki awak wani"terang En.dollah yang agak peramah sedikit walaupun muka nya agak garang seperti harimau mahu baham orang
"yeke encik.dollah terima kasih banyak-banyak saya pun tak sangka rezeki melimpah ruah untuk saya"aku bersyukur sangat kerana tuhan memakbulkan permintaan aku..
Wani dapat mengikuti kursus selama 8 minggu di resort ilham(apartment) tapi satu apartment menempatkan 9 orang 4 lelaki 5 perempuan.aku bersiap-siap apa yang patut perlu di bawa untuk ke sana.En.dollah memberi aku nasihat dan tips-tips untuk berjaya. Esok aku akan berangkat segala kerja-kerjaku akan di ambil alih oleh hamidah (kawan baikku) . Aku melantik hamidah kerana sikapnya yang serius apabila melakukan sesuatu dan tak salah kalau aku memberi kerja dan kepercayaan ku terhadapnya.. Sesudah aku sampai sana aku terus mendaftarkan diri dan mengambil kunci lalu aku membawa barang-barangku naik ke atas kerana pukul 12.30 kitaorang ada perjumpaan dan berkumpul di bilik orked(bilik seminar). Aku masuk ke dalam apartment aku melihat jam baru pukul 9pagi dan aku melihat kasut lelaki di hadapan pintu aku memberi salam tapi tidak di jawabnya aku pakai redah jela sesudah menyimpan baju dalam almari aku membersihkan diri dan menonton televisyen di ruang tamu.
Aku melihat ada seorang lelaki lalu dia menegurku
"salam,nama saya mohd fadzullah iman ..nama awak pulak?"sapa lelaki itu
"nama saya nursyazwani,panggil wani saje"ringkas jawapanku.
sembang punya sembang rupa-rupanya dia adalah kawan ku masa zaman sekolah menengah aku sibuk ceritakan padanya tentang kehidupanku lalu dia menceritakan tentang kehidupannya.. Tak sangka kali ini kami bertemu semula,akhir kami jumpa di spain sewaktu aku ada praktikal di sana. Sebelum aku ke london..
Tiba-tiba terdengar ketukkan pintu di luar lalu aku membuka nya ada seorang perempuan lalu aku menjemputnya masuk . Aku mengajaknya duduk satu bilik dengan aku sebelum orang lain chop tempat kami. Namanya mazliyana panggil yana saja. Aku mengajaknya minum di ruang tamu sebab tadi aku membacuh lebihan air dan aku terus masuk tidur sekejap sementara tunggu mereka 6 orang lagi dan tunggu pukul 2 petang perjumpaan pukul 12.30 di batalkan .
Setelah semua penghuni cukup 9 orang kami bersembang mengenal satu sama yang lain kerana kami akan menjadi satu keluarga untuk 8 minggu. Masing-masing memperkenalkan diri dan semua nya sudah kenal antara satu sama yang lain dan nama teman-teman baruku ialah fadzullah iman,ismail,dekter didi,megat manakala perempuan pula aku,mazliyana,azizah,fateha,dan brenda . cepat masa waktu berjalan akhirnya sudah pukul 2 petang masing-masing pergi ke bilik seminar dan di ceramah oleh steven (bekas tunangku) alangkah terperanjatnya aku,mampus aku kali ini sesekali dia ceramah dia senyum padaku.perasaan aku tidak sedap hati renungan matanya. Selepas 7 minggu,kami di sini akhirnya ada ujian masing-masing membuat prepare untuk esok.
selepas menjawab exam tiba-tiba aku rasa tak sedap badan macam nak demam tapi aku hanyalah telan panadol milik mazliyana.
"wani dah sihat ke?"sapa abang is yang ambil berat tentang aku.
kami hidup di apartment ini bagaikan satu keluarga abang is paling tua dan di anggap ketua keluarga ,kami selalu buat sembahyang berjemaah dan di imamkan oleh fadzullah manakala bukan islam kak brenda dan didi menyediakan hidangan untuk makan malam. Petang itu kami semua pergi ke tepi pantai masing-masing membawa towel. nampak je pantai mereka berenam berlari dan terus terjun dalam pantai itu.riuh dengan gelak tawa teha and the geng. Aku dan fadzullah jalan-jalan sekitar pantai . Lain benar nada suara fadzullah iman di kala ini seperti orang merajuk saja gayanya.wani terus memandang mukanya sesekali mata mereka bertembung seketika namun seperti biasa,wani pantas mengalihkan pandangan.
"apalah awak ni sensitif pulak.orang tua tak elok merajuk nanti cepat tua.buruk pulak tuh bila merajuk"usik wani. fadzullah iman sudah mengetapkan gigi dengan matanya dijegilkan ke arah wani.
"amboi...sedapnya mulut awak mengata saya dah tua.umur kita sebaya dan tak ada yang muda dan yang tua disini tapi bila mengikut bulan awak la yang dah tua" spontan itu pipi wani yang gebu itu dicubitnya. terjerit aku dibuatnya dan sepantas itu juga wani membuat muka mencuka
"sakitlah wak,main cubit-cubit pulak.tak bestlah macam ni"komen wani bersahaja sambil sebelah tangan menyusap-usap pipinya yang mula memerah itu. Fadzullah iman cemburu apabila abang ismail mengambil berat tentang aku.
"awak,saya jelous lihat awak dengan abang is walaupun awak anggap dia abang. Entahlah tak tau macamana nak cakap lagi"jelas si fadz meluahkan rasa tak sedap hati dengan layanan kemesraan ismail terhadap wani.
"awak ni kan saya dah beritau awak yang saya dengan dia tak ada pape pun.awak jangan lah risau" terangku padanya
"dulu kita boleh berpisah tapi sekarang saya taknak berpisah dengan awak lagi tak sanggup saya berjauhan dengan awak setelah beberapa tahun kita tidak ketemu" rintih fadzullah kerana tak mahu berpisah kali kedua dengan wani.
Sebelum mereka menamatkan sekolah .wani dengan fadzullah memang rapat hingga hubungan mereka di hidu oleh guru-guru kerana mereka biasanya menghabiskan masa bersama di perpustakaan. selepas habis SPM mereka mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan lebih rapat lagi tetapi mereka berpisah kerana fadzullah mendapat tawaran belajar di luar negara LOS ANGELES manakala wani pula melanjutkan pelajarannya di LONDON. masing-masing berpisah.. mereka hanya berhubung di facebook saja . wani mengambil keputusan berpisah kerana atas sebab-sebab tertentu untuk masa depan bersama sebelum mereka pergi overseas ummi fadzullah mencadangkan supaya mereka di tunangkan dahulu tetapi keputusan ini di tentang habis-habisan oleh abang wani, abdul azim kerana tak mahu hati adiknya terseksa terpaksa berjauhan dengan tunangnya. abdul azim mencadangkan mereka selepas 5 tahun baru bertunang jika fadzullah datang jumpa wani sebaik sahaja dia menghabiskan pelajarannya disana. Masing-masing bersetuju kedua-dua belah pihak.
bab empat...........
Sudah dua tahun fadzullah di perantauan "apa agaknya wani buat"bisik hatinya. seminggu selepas exam fadzullah di peranjatkan dengan satu massage dari wani bahawa dia akan bertunang dengan steven kawan baik abang sepupunya itu . steven berdarah kacukan chines(mummy) dan daddy(USA) tetapi mereka sudah memeluk agama islam semenjak steven berumur 12 tahun lagi . Setahun selepas wani putus tunang dengan steven wani mendapat berita bahawa tokwan nya meninggal dunia akibat jatuh tangga.wani pulang ke malaysia selepas habis exam. wani tak sangka bahawa fadzullah sanggup datang dan menjemputnya di KLIA. wani sedih sangat selepas kehilangan nenek kesayangannya itu.. Wani teringat kali terakhir dia berbual dengan tokwan sewaktu pulang ke kampung lebih 3 bulan lalu.
"hidup kita tak lama .cuma sekali di dunia ni.esok lusa pun boleh di jemput tuhan.sementara masih muda inilah belajar bersungguh-sungguh. Engkau pun dah masuk belajar kat luar negara. Tokwan bangga ada cucu sepertimu alangkah seronoknya kalau baba kau masih hidup dapat juga dia melihat anaknya berjaya sehingga tahap ini . Kalaulah tokwan dah takada ,tengok-tengoklah kebun ,anak kambing lembu ni ye" Itulah antara pesan tokwan sehari sebelum aku berangkat ke london .
Tetapi dia tidak berasakan kelainan waktu itu kerana tokwan rapat dengannya . Dia melepaskan nafas berat . Semenjak dua tiga hari ini patutlah dia seakan-akan resah tetapi tidak tahu punca keresahan dan sering mengingat kampung halaman nya.Tokwan.....
bab lima..............
Terlalu sakit mengimbau kisah sejarah silam dulu-dulu. wani sambil berjalan-jalan tepi pantai dia sentiasa merindui sekolah lamanya. Merindui guru disiplinnya cikgu sudin dan merindui suara lunak bacaan yassin iaitu mohd fathul islam seorang tokoh pelajar yang digagumi ramai termasuk guru-guru dan warga smksi.
"auwwwww...." wani menahan kesakitan lalu darah banyak keluar membuak-buak wani terus rebah pantas diselamatkan oleh fadzullah jika tidak habis badan nya jatuh ke pasir dan fadzullah mengangkat lalu membawanya ke dalam bilik selepas membersihkan lukanya itu. wani sudah muda sedar.
Perlahan-lahan dia membuka matanya dan memegang kepalanya yang sedikit berdenyut.
"awak okey ke?" wani terus memandang fadzullah di sebelahnya
"macammana ada kat sini ya?" kak brenda yang muncuL dari dapur bersama sedulang air milo terus menyampuk, "puteri indera kayangan tadi jatuh pengsan . kenapa pengsan ? tak payah lah tanya biar akak terangkan puteri pengsan kerana melihat darahkan?sendiri sendiri tahu sudahhh" mendengar kata brenda itu, wani sudah mengagak rahsia yang disimpan terbongkar juga akhirnya. Wani sendiri berasa malu kerana hampir semua berada di situ gelakkannya termasuk fadzullah
"awak gelakkan saya kan" fadzullah menghulurkan air minuman
"tak ade la saya tak kisah pun kalau itu kelemahan awak,saya terima seadanya". ujarnya
"tetapi dorang pandang saya semacam je.senyum-senyum." wani inginkan kepastian
"alah biarkanlah .mereka bergurau aje.sakit lagi tak luka kat kaki tu? esok kita pergi klinik lagipun badan awak dedap je"ujar fadzullah iman sambil memegang kaki wani yang berbalut itu.
Pagi-pagi lagi azizah,teha brenda menyiapkan hidangan breakfast sementara tunggu fadzullah iman,didi dan wani pulang dari klinik. Tinggal 3 hari saja mereka akan pulang dari seminar segala kenangan manis tetap tersemat dalam sanubari. Masing-masing pergi ke pekan mencari ole-ole untuk bawa ke sana sementara aku pula berehat di rumah sahaja masuk ni dah 5 hari kaki aku dibalut . wani terus mandi selepas mandi dia berkemban keluar dari biliknya menuju ke dapur kerana dia tahu semua penghuni di rumah semua keluar membeli-belah,dia melihat kelibat lelaki alangkah terperanjatnya dia apabila melihat fadzullah iman yang difikirkan tadi mengikut mereka semua dengan keadaan aku sebegitu dan dia hanya berseluar pendek tanpa memakai baju rambut yang kusut baru bangun tidur.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu lalu fadzullah membuka yang aku pula terus ke menyorok di balik belakang pintu. orang-orang masjid datang ingin mengajak mereka lelaki ke masjid bagi menyempurnakan majlis khatam al-quran.. Aku terus berlari beredar masuk ke bilik tetapi di tahan kerana aku tidak berpakaian hanyalah berkemban saja dan berdua-duaan itu mencurigakan pihak berkuasa. sebaik saja aku di tahan mereka semua pulang alangkah terperanjatnya mereka mendengar yang kami di tangkap basah. .........
bersambung...........................